Tuesday, December 28, 2010

BUAH AJAIB


·         Berasal dari Afrika Barat. Kini didapati dikebanyakkan negara beriklim tropika


Ciri- Ciri Tumbuhan
  •       Ditanam diperkarangan rumah, banggunan, taman sama ada didalam pasu atau terus di atas tanah di kawasan yang mendapat cahaya matahari dan tanah gembur subur tidak menakung air
  •       Renek bersaiz sederhana boleh meninggi
  •          Batang berkayu berbentuk silinder dan dahan halus.
  •       Daun tunggal berbentuk bujur dengan hujung menirus.
  •          Bunga majmuk keluar dari celah ketiak daun di hujunng dahan yang berwarna merah jambu.
  •         Buah tunggal panjang bujur dan berkulit nipis berwarna merah
  •        Pembiakan dari biji benih dan tut.
  •        Buah berasa tawar tetapi mempengaruhi rasa kemanisan pada makanan atau minuman yang dimakan selepasnya.
  •           Daun mengandungi air, karbohirat, serabut, mineral, alkaloid dan berasa tawar

Khasiat Tumbuhan
  •          Buah – merawat sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit gigi.
  •           Daun – merawat deman panas dan sakit gigi
  •           Biji – merawat batu karang
  •           Demam panas – daun buah ajaib diramas dalam air bersih sehingga keluar lendir lalu disapukan pada tangan dan kaki
  •           Kaki tangan bengkak kerana sakit jantung – 2-3 biji buah ajaib dimasukkan ke dalam mangkuk lalu disiram dengan 1 cawan air panas, lalu masukkan 250cc air rendaman daun sembong dikacau rata lalu diminum
  •           Kencing manis, tekanan darah tinggi – biji buah ajaib direbus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
  •           Sakit buah pinggang – biji buah ajaib ditumbuk lumat dimasukkan ke dalam segelas air masak dikacau rata lalu diminum.
  •           Sakit gigi – daun buah ajaib ditumbuk lumat lalu diletakkan pada tempat yang sakit

No comments:

Post a Comment