· Berasal dari Afrika Barat. Kini didapati dikebanyakkan negara beriklim tropika
Ciri- Ciri Tumbuhan
- Ditanam diperkarangan rumah, banggunan, taman sama ada didalam pasu atau terus di atas tanah di kawasan yang mendapat cahaya matahari dan tanah gembur subur tidak menakung air
- Renek bersaiz sederhana boleh meninggi
- Batang berkayu berbentuk silinder dan dahan halus.
- Daun tunggal berbentuk bujur dengan hujung menirus.
- Bunga majmuk keluar dari celah ketiak daun di hujunng dahan yang berwarna merah jambu.
- Buah tunggal panjang bujur dan berkulit nipis berwarna merah
- Pembiakan dari biji benih dan tut.
- Buah berasa tawar tetapi mempengaruhi rasa kemanisan pada makanan atau minuman yang dimakan selepasnya.
- Daun mengandungi air, karbohirat, serabut, mineral, alkaloid dan berasa tawar
Khasiat Tumbuhan
- Buah – merawat sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit gigi.
- Daun – merawat deman panas dan sakit gigi
- Biji – merawat batu karang
- Demam panas – daun buah ajaib diramas dalam air bersih sehingga keluar lendir lalu disapukan pada tangan dan kaki
- Kaki tangan bengkak kerana sakit jantung – 2-3 biji buah ajaib dimasukkan ke dalam mangkuk lalu disiram dengan 1 cawan air panas, lalu masukkan 250cc air rendaman daun sembong dikacau rata lalu diminum
- Kencing manis, tekanan darah tinggi – biji buah ajaib direbus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
- Sakit buah pinggang – biji buah ajaib ditumbuk lumat dimasukkan ke dalam segelas air masak dikacau rata lalu diminum.
- Sakit gigi – daun buah ajaib ditumbuk lumat lalu diletakkan pada tempat yang sakit