Tuesday, December 28, 2010

BUAH AJAIB


·         Berasal dari Afrika Barat. Kini didapati dikebanyakkan negara beriklim tropika


Ciri- Ciri Tumbuhan
  •       Ditanam diperkarangan rumah, banggunan, taman sama ada didalam pasu atau terus di atas tanah di kawasan yang mendapat cahaya matahari dan tanah gembur subur tidak menakung air
  •       Renek bersaiz sederhana boleh meninggi
  •          Batang berkayu berbentuk silinder dan dahan halus.
  •       Daun tunggal berbentuk bujur dengan hujung menirus.
  •          Bunga majmuk keluar dari celah ketiak daun di hujunng dahan yang berwarna merah jambu.
  •         Buah tunggal panjang bujur dan berkulit nipis berwarna merah
  •        Pembiakan dari biji benih dan tut.
  •        Buah berasa tawar tetapi mempengaruhi rasa kemanisan pada makanan atau minuman yang dimakan selepasnya.
  •           Daun mengandungi air, karbohirat, serabut, mineral, alkaloid dan berasa tawar

Khasiat Tumbuhan
  •          Buah – merawat sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit gigi.
  •           Daun – merawat deman panas dan sakit gigi
  •           Biji – merawat batu karang
  •           Demam panas – daun buah ajaib diramas dalam air bersih sehingga keluar lendir lalu disapukan pada tangan dan kaki
  •           Kaki tangan bengkak kerana sakit jantung – 2-3 biji buah ajaib dimasukkan ke dalam mangkuk lalu disiram dengan 1 cawan air panas, lalu masukkan 250cc air rendaman daun sembong dikacau rata lalu diminum
  •           Kencing manis, tekanan darah tinggi – biji buah ajaib direbus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
  •           Sakit buah pinggang – biji buah ajaib ditumbuk lumat dimasukkan ke dalam segelas air masak dikacau rata lalu diminum.
  •           Sakit gigi – daun buah ajaib ditumbuk lumat lalu diletakkan pada tempat yang sakit

POKOK BANGUN-BANGUN



Ditanam di perkarangan rumah dan di taman yang mempunyai tanah bersaliran baik dan mendapat cahaya matahari terus.

Ciri-Ciri Tumbuhan

  •          Herba sederhana besar boleh meninggi  (1.2 m)
  •          Batang berair, bersegi empat, berwarna hijau
  •          Daun tunggal mengandungi banyak air
  •          Bunga majmuk terdapat di hujung pucuk bersaiz kecil
  •          Pembiakan dari keratan batang dan keratan daun yang bertangkai
  •          Daun berasa tawar, rangup, sedap, berangin dan berbau kuat
  •          Daun mengandungi air, karbohidrat, serabut mineral, alkaloid

Khasiat ubatan
  •           Asma , batuk, bronkis – Daun Bangun-bangun secukupnya dibasuh bersih, dikisar dan diminum jusnya
  •          Awet muda, pengaliran darah tidak lancar, tekstur kulit bermasalah – Daunnya dimakan dibuat ulam
  •           Batuk kerana angin – 7g daun bangun-bangun dan 7g buah belimbing buluh ditumbuk lumat,dikukus bersama sedikit air sehingga air mendidih, ditapis, dicampur 1 sudu besar madu lebah, dikacau rata lalu diminum
  •           Batuk,mual,sakit kepala , masalah pernafasan – sehelai daun bangun-bangun dimasukkan ke dalam segelas air panas yang baru mendidih dan ditutup selama 3 minit. Tapis dan dicampurkan dengan air batu dan dikacau rata untuk diminum
  •           Campak -  15g daun bangun- bangun, 15g kulit batang, 10g daun Kendal, 10g buah asam jawa, 200g buah labu putih (diparut) dan 450cc air direbus sehingga mendidih setelah sejuk tapis dan dibahagi 2 bahagian lalu diminum 2 kali sehari.
  •          Gastrik – 4g daun bangun-bangun , 5g daun ekor angin, 5g daun melur, 10g buah tempayan, 5g jintan hitam direbus dengan 200cc air sehingga mendidih setelah sejuk tapis dan diminum.
  •         Gigitan serangga berbisa, kulit melecur – daun bangun-bangun ditumbuk lumat lalu dipupuk pada bahagian yang sakit
  •           Jerawat -  5g daun bangun-bangun, 6g biji adas, 8g rizom temu lawak (diparut), 10g rizom cekur putih (diparut), 5g isi buah asam jawa, 9g gula kabung dimasukkan ke dalam 450cc air panas dikacau rata dan dibiarkan beberapa minit dan tapis untuk diminum. Lakukan setiap hari
  •           Kencing bernanah – 20g daun bangun0bangun, 30g kulit batang cendana, 30g daun misai kucing, 20g bunga seruni putih, 10g daun dukong anak, 20g daun pecah beling, 30g akar lalang, 5 gelas air direbus sehingga airnya menjadi 3 gelas. Setelah sejuk air diminum 3 kali sehari (segelas sekali)
  •           Sakit perut, senak perut – daun bangun-bangun dan rizom kunyit ditumbuk lumat atau dikisar lalu diminum

POKOK NENAS BATU

Pokok ini biasanya terdapat di kebanyakan negara beriklim tropika.
·         Biasanya ditanam di perkarangan rumah dan taman yang mendapat teduhan cahaya matahari separa dan mempunyai tanah subur, gembur dan baik salirannya.

Ciri-Ciri Tumbuhan
  •          Berbatang pendek  (0.3-0.5 cm)
  •          Daun tunggal, susunan berpilin berkumpul pada pangkal batang, berwarna hijau atau hijau kemerahan
  •          Bunga majmuk, tersusun rapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung pucuk.
  •          Buah majmuk merupakan gabungan paksi jambak bunga dan berbuah sepanjang tahun.
  •          Pembiakan dari sulur anak dan jambul buah

Khasiat Ubatan

Buah - merawat batu karang dan buasir - isi buah nenas batu dikupas kulit, dikisar bersama setengah gelas air masak, diperah serta ditapis airnya lalu diminum  secara teratur.

Friday, December 17, 2010

KHASIAT HABBATUS SADWA

  • Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"




  • Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.




  • Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.




  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.




  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.




  • Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).




  • Habbatus Sauda merupakan tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa,.
  • KHASIAT BUAH LANGKAU


    Masyarakat Melayu terutamanya mengamalkan buah langkau bagi penggunaan wanita dalam pantang untuk meningkatkan stamina dan mencegah berak berdarah dan buasir. Airnya diminum bagi mengurangkan risiko kembung angin. Manakala bijian ini ditumbuk halus dan dicampur dalam minuman bagi mempercepatkan penyembuhan luka dalam terutamanya bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan.

    Antara khasiat utamanya ialah:
    1-KENCING MANIS
    2-DARAH TINGGI
    3-BATU KARANG(DIREBUS BERSAMA BATANG SERAI)
    4-BUAH PINGGANG

    Sunday, December 12, 2010

    KHASIAT MAHKOTA DEWA



    sejenis Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema)
    Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun.
    Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.
    Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).
    Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.
    Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
    mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.