Ditanam di perkarangan rumah dan di taman yang mempunyai tanah bersaliran baik dan mendapat cahaya matahari terus.
Ciri-Ciri Tumbuhan
- Herba sederhana besar boleh meninggi (1.2 m)
- Batang berair, bersegi empat, berwarna hijau
- Daun tunggal mengandungi banyak air
- Bunga majmuk terdapat di hujung pucuk bersaiz kecil
- Pembiakan dari keratan batang dan keratan daun yang bertangkai
- Daun berasa tawar, rangup, sedap, berangin dan berbau kuat
- Daun mengandungi air, karbohidrat, serabut mineral, alkaloid
Khasiat ubatan
- Asma , batuk, bronkis – Daun Bangun-bangun secukupnya dibasuh bersih, dikisar dan diminum jusnya
- Awet muda, pengaliran darah tidak lancar, tekstur kulit bermasalah – Daunnya dimakan dibuat ulam
- Batuk kerana angin – 7g daun bangun-bangun dan 7g buah belimbing buluh ditumbuk lumat,dikukus bersama sedikit air sehingga air mendidih, ditapis, dicampur 1 sudu besar madu lebah, dikacau rata lalu diminum
- Batuk,mual,sakit kepala , masalah pernafasan – sehelai daun bangun-bangun dimasukkan ke dalam segelas air panas yang baru mendidih dan ditutup selama 3 minit. Tapis dan dicampurkan dengan air batu dan dikacau rata untuk diminum
- Campak - 15g daun bangun- bangun, 15g kulit batang, 10g daun Kendal, 10g buah asam jawa, 200g buah labu putih (diparut) dan 450cc air direbus sehingga mendidih setelah sejuk tapis dan dibahagi 2 bahagian lalu diminum 2 kali sehari.
- Gastrik – 4g daun bangun-bangun , 5g daun ekor angin, 5g daun melur, 10g buah tempayan, 5g jintan hitam direbus dengan 200cc air sehingga mendidih setelah sejuk tapis dan diminum.
- Gigitan serangga berbisa, kulit melecur – daun bangun-bangun ditumbuk lumat lalu dipupuk pada bahagian yang sakit
- Jerawat - 5g daun bangun-bangun, 6g biji adas, 8g rizom temu lawak (diparut), 10g rizom cekur putih (diparut), 5g isi buah asam jawa, 9g gula kabung dimasukkan ke dalam 450cc air panas dikacau rata dan dibiarkan beberapa minit dan tapis untuk diminum. Lakukan setiap hari
- Kencing bernanah – 20g daun bangun0bangun, 30g kulit batang cendana, 30g daun misai kucing, 20g bunga seruni putih, 10g daun dukong anak, 20g daun pecah beling, 30g akar lalang, 5 gelas air direbus sehingga airnya menjadi 3 gelas. Setelah sejuk air diminum 3 kali sehari (segelas sekali)
- Sakit perut, senak perut – daun bangun-bangun dan rizom kunyit ditumbuk lumat atau dikisar lalu diminum
Apa beza pokok bangun-bangun berbanding pokok lemuju?
ReplyDelete